Thursday, March 12, 2009

Smoking girl sexy or what???

Tau tau la aku, topik ni dah kuar ke belum. Kalu dah kuar anggap la mcam topik lama yg dibincangkan semula. Baru2 ni aku ada baca MASTIKA keluaran mac, dalam tu bincang pasal beberapa student IPT pompuan yg suka merokok. Memang la tak dinafikan merokok tu hak individu masing2, tapi aku baca komen diorang pun panas. Ye la mungkin aku ni kolot kot. Tapi semua pun dah sedia maklum kan, merokok tu haram, dan amat membahayakan kesihatan. Kalu pompuan tu, aku rasa membahayakan 2 kali ganda kot. Mereka anggap golongan yg tk bleh terima golongan perempuan yg merokok sebagai kolot, dengan hujah yg diorang pegang "Banyak dah diorang tengok golongan executive, pegawai2 kerajaan, orang2 besar pompuan merokok". Ada ke "wanita2 kental" kat sini yg merokok..? Baik berenti je sebelum terlambat, sayangilah rahim ada, walaupun boipren anda bukan bernama rahim...

lelaki dan perempuan memang tak patut merokok. rokok adalah salah satu senjata yahudi untuk menghancurkan umat islam. dah terbukti haram. memang ada juga keluarga yang merokok, tapi nak buat macam mane, orang yang merokok ni memang susah nak dengar nasihat.

Sentiasa berusaha bersungguh walaupun ada masalah di hadapi

Mengejar kejayaan memerlukan banyak pengorbanan masa, tenaga bahkan wang ringgit. Anda terpaksa menerima hakikat, memburu kejayaan sememangnya satu usaha yang payah. Namun, bersungguh-sungguhlah walaupun ia payah. Sebab, di sebalik kesususahan, ada kesenangan. Biar Anda susah, payah dan penat sekarang ni tapi bila sudah berjaya nanti, Anda boleh bersenang lenang, jalan-jalan dan bercuti sesuka hati selama mana yang Anda mahu. Tidak perlu hairan mengapa orang-orang cemerlang yang dahagakan kejayaan sanggup bersungguh-sungguh walaupun payah, rajin gila!. Mereka sudah tahu dari awal, kerja keras hari akan membuat mereka senang di hari esok, bukannya senang hari ini, bersuka ria hari ini tapi susah di hari esok. Anda dalam golongan yang mana satu? Jangan mengeluh andai Anda bertembung dengan dugaan hebat. Jangan mengeluh apabila apa yang Anda usahakan menemui kegagalan. Come on, itu bukan gagal, tapi Anda berjumpa dengan cara yang salah. Kena usaha lagi supaya dapat cari cara yang betul. Masalah ramai orang adalah, mereka terus berhenti apabila menempuh kegagalan. Sebab itu, orang yang cemerlang cuma sedikit di antara kita, tak kira yang berjaya dalam pelajaran, sukan, dalam kerjaya mahupun perniagaan. Pasang niat di dalam hati, Anda mahu bersungguh-sungguh, walau sepayah manapun usaha yang perlu dicurahkan. Set dalam fikiran, Anda mahu mencapai matlamat dengan cara apa sekalipun, janji halal. Tekad mahu berjaya mula dari hari ini juga… Bila kejayaan dalam genggaman, ia merupakan kenangan yang amat manis! salam.. hehe

Wednesday, March 11, 2009

CINTA

CINTA
dapat mengubah
debu beralih emas
keruh menjadi bening
sakit menjadi sembuh
derita menjadi nikmat
dan kemarahan
menjadi rahmat.



CINTA itu adalh satu anugerah dari yang maha esa. CINTA juga adalah racun dan penawarnya. CINTA tidak kenal usia,CINTA tidak kenal bangsa dan adat.CINTA itu buta adakalanya CINTA itu adalah sesuatu yang pahit apabila kita ditinggalkan oleh CINTA.

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, andai diri tak sehebat SULAIMAN. Mengapa mengharapkan teman setampan YUSOF jika kasih tak setulus ZULAIKHA..
KENANGILAH CINTA YANG SEBENAR.
Setiap insan akan merasai apa itu CINTA dan tafsirkan tentang CINTA.

KELUARGA AKU

KELUARGA adalah satu hubungan yang lahir daripada satu perkahwinan. Dari satu perkahwinan maka dikurniakan zuriat-zuriat yang digelar anak untuk menjadikan satu perkahwinan itu sebagai KELUARGA. KELUARGA juga adalah satu impian setiap insan yang bergelar manusia. Tidak semua insan mempunyai KELUARGA yang di impikan kerana takdir yang menentukan segalanya. KELUARGA juga satu tempat yang dapat kita berteduh untuk mencari kasih sayang daripada seorang insan yang bernama AYAH dan IBU.
KELUARGA juga adalah tempat untuk kita mengenali dunia, KELUARGA jugalah yang menentukan AGAMA apakah kita dari mana datangnya kita. KELUARGA BAHAGIA bukan semua dapat memilikinya,hanya dari izinnya sahaja akan dapat KELUARGA BAHAGIA.
Aku cukup brtuah kerana aku dapat memiliki KELUARGA yang bahagia.



SAHABAT_SAHABAT AKU DA......



KAWAN tanpa kehadiran mu amat lah sunyi dunia ku ini,
KAWAN engkaulah kekasih yang sejati engkau lah tempat
ku meluahkan segala-galanya selain dari keluarga ku.
KAWAN engkau adalalah sebuah permata
yang begitu menyinar.
Tanpa mu tidak mungkin aku akan mengenali
pa itu SAHABAT.




Tuesday, March 10, 2009

My Diriku


aku ini suka berkawan bagi aku berkawan adalah sesuatu yang wajib di dunia aku.

aku nak sesuatu yang baru dalam hidup aku ini bila aku mencapai umur remaja aku, aku hendak belajar berdikari dan aku mahu hidup aku pada masa ini bahagia tanpa sebarang kekacauan didalam hidup aku.aku harap pada tahun ini aku akn lebih berjaya dan aku harap aku dapt mencapai cita-cita aku.......

aku ni senang berkawan untuk mencari musuh bkn diri aku....

KECEWA




KECEWA adalah sesuatu yang pahit dan amat pedih untuk kita menerima atau menghadapi dengan hati yang terbuka.KECEWA juga yang mengajar kita tentang sesuatu yang mana baik dan yang mana buruk.KECEWA tidak semestinya kita KECEWA kerana percintaan, kehilangan oarng tersayang seperti IBU atau AYAH kita juga amat mengecewakan kita kerana kita tidak dapat memberi kesenangan ketika mereka hidup.KECEWA juga adalah satu senjata untuk kita menyimpan dendam untuk membalas dendam terhadap seseorang yang pernah mengcewakan kita. Tidak berjaya dalam hidup jga telah mengcewakan kita tetapi ingatlah bahawa KECEWA tidak semestinya bahawa kita akan mati.Dari KEKECEWAAN juga lah kita bangun untuk membina hidup yang baru dan kita bersemangat untuk hidup...